Pages

Sunday, September 22, 2013

My Favorite Novelist

Asslamualaikum...anneyosayo....

      Sebelum aku bercerita pasal my favorite novelist. Aku nak bagi tau kat korang semua yang sebenarnya aku memang TAK SUKA baca novel...  zaman remaja aku dulu memang popular penulis novel Ahadiat Akashah.. Kat sekolah semua orang dok cerita pasal novel dia termasuk la my belove sister Angah... Dia rajin beli novel Ahadiat Akashah... Aku pun cuba la membaca Novel.. tapi tak habis sebab bosan..cerita cinta je dah macam drama pulak....hehehe.. yela bagi mereka yang jiwang memang suka jalan cerita dan pengisian novel cinta...

     Lagi pun aku boring bila membaca pada benda yang hanya memaparkan tulisan... confirm aku akan tertidur sewaktu membaca novel... Sehingga la aku kenal dengan Mr.TA.. Waktu tengah syok dating kat KLCC tiba2 dia ajak aku pergi kinokuniya katanya nak beli buku...Sampai je kat sana aku terus menuju kebahagian favorite aku KOMIK... Yesssss aku peminat tegar komik sampai sekarang masih membaca komik.... Sampai kat kaunter pembayaran aku tengok Mr.TA pegang Novel..

Aku: Nak hadiahkan kat adik ke?
Mr.TA: eh.. tak la saya la nak baca
Aku: awk baca novel... kelakar nya saya tak pernah lagi tengok lelaki baca novel...jiwang giler....
Mr.TA: ehhhhh...sy tak main la baca novel cinta.. sy hanya baca novel dari penulis nie je... best tau novel dia... ada la jugak cintanya tapi more thriller.. Nanti saya bagi awk baca.. mesti awk suka punya...

  Nak dijadikan cerita sebab Mr.TA la aku mula membaca novel... Tapi hanya novel dari penulis tersebut je aku baca sama macam Mr.TA... Aku memang suka membaca novel berkonsepkan thriller... walaupun hakikatnya aku seorang penakut...

Gambar dari Internet

Inilah dia Penulis Novel yang aku minati... Ramlee Awang Murshid...Novelist no 1 di malaysia...
Jom kita tengok sikit latar belakang RAM...

Nama:  Ramlee Awang Murshid

T.Lahir: 04 November 1967

T.Lahir: Papar, Sabah

Pendidikan: 
  • Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
  • Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
  • Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
  • Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia

Anugerah: 
  • Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 1995/1996 menerusi novel Igauan Maut
  • Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 2004/2005 menerusi novel Pei Pan
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 2006/2007 menerusi novel Bagaikan Puteri
  • Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2009 menerusi novel Hijab Sang Pencinta (tempat ke-3)
  • Anugerah Buku Negara 2012 (Kategori Novel Remaja) menerusi novel 9 Nyawa

Jumlah Novel: 26

Beliau merupakan penulis novel berunsur seram dan juga bekas wartawan radio televisyen Malaysia (RTM) (1986-2010).


Our Collection


    First novel yang aku baca ialah Tombiruo yang mengisahkan penunggu rimba... Ape yang membuatkan aku suka sangat baca novel dari tulisan RAM selain dari thriller...setiap penulisannya tak lekang dengan hadis2 yang membuatkan aku amat tertarik...sentiasa mengingatkan kita kepada pencipta yang satu iaitu Allah s.w.t.... Setiap novel dari RAM semua aku dan Mr.TA kumpul....dan sentiasa nantikan novel baru dari RAM...


Baru baru ini RAM telah lancarkan sebuah lagi novel yang bertajuk MAGIS....


Beli dari RAMFC...semata mata nakkan  signature RAM...hehehe... 


Proses membalut novel.... 



Daaaa....Anneyong.....


No comments :

Post a Comment