Pages

Sunday, September 15, 2013

Cucur Udang Utara Style

Assalamualaikum...anneyosayo




      Tibe tibe rasa macam nak buat cucur udang sejibik macam mak aku buat.... biasa la kalu orang utara memang cicah cucuq dengan  kuah kacang... sedap oooo mau terangkatttttt..... Tapi Mr.TA pulak tak suke sebab dia dah biasa cicah sos cili je... Dia memang tak berapa suke kacang.... Jadi jalan penyelesaian aku buat la dua2 kuah sekali... Jom tinjau resepi mana tau kot2 korang nak cube style aku nie...



CUCUR UDANG

Bahan-bahan:

Tepung gandum (ikut la banyak mana korang nak buat)
Tauge
Kucai
Udang kecil
Air campur garam sikit...


Cara menyediakan:

  • Gaul semua bahan tu...Masukkan air sedikit demi sedikit... Jangan sampai adunan cair nanti tak bole goreng pula.
  • Akhir sekali goreng sehingga kekuningan dalam api yang panas...



KUAH KACANG

Bahan-bahan: 

100gm Kacang tanah
7 tangkai cili kering (kalu suka pedas tambah la lagi)
3 biji bawang merah
Sedikit air asam jawa
Gula & Garam secukup rasa


Cara menyediakan:

  • Masukkan minyak dalam kuali. Setelah minyak panas goreng kacang hingga berubah warnanya (jangan sampai hangit pula ye). Dengan mengunakan minyak yang sama gorengkan pula cili kering dan bawang sehingga layu sedikit....
  • Masukan air asam jawa, cili kering dan bawang yang digoreng tadi kedalam blender. Kisar hingga hancur.
  • Kemudian masukkan kacang tanah kisar bersama cili tadi hingga hancur. (Jika kurang air sila tambah sedikit ye.
  • Goreng sedikit bawang merah yang telah dihiris kemudia masukkan bahan yang dikisar tadi. kacau kuah sehingga mendidih. akhir sekali masukkan gula dan garam (biar kuah kacang tu rasa manis sikit baru sedam nak mencicah). Siap untuk dihidangkan




KUAH CILI

Bahan-bahan:

5 tangkai cili kering
1 ulas bawang putih
sedikit cuka makan (aku guna cuke apple)
Gula dan Garam secukup rasa
Tepung jagung


Cara menyediakan:

  • Kisar cili dan bawang putih.
  • Kemudian masak cili tadi masukkan cuka,gula, dan garam.
  • Setelah mendidih masukkan tepung jangung yang telah dicampur sedikit air untuk memekatkan kuah.
  • Siap untuk dihidang kan

Senang je nak buatkan.. Selamat mencuba
anneyong



No comments :

Post a Comment