Pages

Sunday, September 22, 2013

My Favorite Novelist

Asslamualaikum...anneyosayo....

      Sebelum aku bercerita pasal my favorite novelist. Aku nak bagi tau kat korang semua yang sebenarnya aku memang TAK SUKA baca novel...  zaman remaja aku dulu memang popular penulis novel Ahadiat Akashah.. Kat sekolah semua orang dok cerita pasal novel dia termasuk la my belove sister Angah... Dia rajin beli novel Ahadiat Akashah... Aku pun cuba la membaca Novel.. tapi tak habis sebab bosan..cerita cinta je dah macam drama pulak....hehehe.. yela bagi mereka yang jiwang memang suka jalan cerita dan pengisian novel cinta...

     Lagi pun aku boring bila membaca pada benda yang hanya memaparkan tulisan... confirm aku akan tertidur sewaktu membaca novel... Sehingga la aku kenal dengan Mr.TA.. Waktu tengah syok dating kat KLCC tiba2 dia ajak aku pergi kinokuniya katanya nak beli buku...Sampai je kat sana aku terus menuju kebahagian favorite aku KOMIK... Yesssss aku peminat tegar komik sampai sekarang masih membaca komik.... Sampai kat kaunter pembayaran aku tengok Mr.TA pegang Novel..

Aku: Nak hadiahkan kat adik ke?
Mr.TA: eh.. tak la saya la nak baca
Aku: awk baca novel... kelakar nya saya tak pernah lagi tengok lelaki baca novel...jiwang giler....
Mr.TA: ehhhhh...sy tak main la baca novel cinta.. sy hanya baca novel dari penulis nie je... best tau novel dia... ada la jugak cintanya tapi more thriller.. Nanti saya bagi awk baca.. mesti awk suka punya...

  Nak dijadikan cerita sebab Mr.TA la aku mula membaca novel... Tapi hanya novel dari penulis tersebut je aku baca sama macam Mr.TA... Aku memang suka membaca novel berkonsepkan thriller... walaupun hakikatnya aku seorang penakut...

Gambar dari Internet

Inilah dia Penulis Novel yang aku minati... Ramlee Awang Murshid...Novelist no 1 di malaysia...
Jom kita tengok sikit latar belakang RAM...

Nama:  Ramlee Awang Murshid

T.Lahir: 04 November 1967

T.Lahir: Papar, Sabah

Pendidikan: 
  • Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
  • Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
  • Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
  • Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia

Anugerah: 
  • Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 1995/1996 menerusi novel Igauan Maut
  • Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 2004/2005 menerusi novel Pei Pan
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 2006/2007 menerusi novel Bagaikan Puteri
  • Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2009 menerusi novel Hijab Sang Pencinta (tempat ke-3)
  • Anugerah Buku Negara 2012 (Kategori Novel Remaja) menerusi novel 9 Nyawa

Jumlah Novel: 26

Beliau merupakan penulis novel berunsur seram dan juga bekas wartawan radio televisyen Malaysia (RTM) (1986-2010).


Our Collection


    First novel yang aku baca ialah Tombiruo yang mengisahkan penunggu rimba... Ape yang membuatkan aku suka sangat baca novel dari tulisan RAM selain dari thriller...setiap penulisannya tak lekang dengan hadis2 yang membuatkan aku amat tertarik...sentiasa mengingatkan kita kepada pencipta yang satu iaitu Allah s.w.t.... Setiap novel dari RAM semua aku dan Mr.TA kumpul....dan sentiasa nantikan novel baru dari RAM...


Baru baru ini RAM telah lancarkan sebuah lagi novel yang bertajuk MAGIS....


Beli dari RAMFC...semata mata nakkan  signature RAM...hehehe... 


Proses membalut novel.... 



Daaaa....Anneyong.....


Sunday, September 15, 2013

Cucur Udang Utara Style

Assalamualaikum...anneyosayo




      Tibe tibe rasa macam nak buat cucur udang sejibik macam mak aku buat.... biasa la kalu orang utara memang cicah cucuq dengan  kuah kacang... sedap oooo mau terangkatttttt..... Tapi Mr.TA pulak tak suke sebab dia dah biasa cicah sos cili je... Dia memang tak berapa suke kacang.... Jadi jalan penyelesaian aku buat la dua2 kuah sekali... Jom tinjau resepi mana tau kot2 korang nak cube style aku nie...



CUCUR UDANG

Bahan-bahan:

Tepung gandum (ikut la banyak mana korang nak buat)
Tauge
Kucai
Udang kecil
Air campur garam sikit...


Cara menyediakan:

  • Gaul semua bahan tu...Masukkan air sedikit demi sedikit... Jangan sampai adunan cair nanti tak bole goreng pula.
  • Akhir sekali goreng sehingga kekuningan dalam api yang panas...



KUAH KACANG

Bahan-bahan: 

100gm Kacang tanah
7 tangkai cili kering (kalu suka pedas tambah la lagi)
3 biji bawang merah
Sedikit air asam jawa
Gula & Garam secukup rasa


Cara menyediakan:

  • Masukkan minyak dalam kuali. Setelah minyak panas goreng kacang hingga berubah warnanya (jangan sampai hangit pula ye). Dengan mengunakan minyak yang sama gorengkan pula cili kering dan bawang sehingga layu sedikit....
  • Masukan air asam jawa, cili kering dan bawang yang digoreng tadi kedalam blender. Kisar hingga hancur.
  • Kemudian masukkan kacang tanah kisar bersama cili tadi hingga hancur. (Jika kurang air sila tambah sedikit ye.
  • Goreng sedikit bawang merah yang telah dihiris kemudia masukkan bahan yang dikisar tadi. kacau kuah sehingga mendidih. akhir sekali masukkan gula dan garam (biar kuah kacang tu rasa manis sikit baru sedam nak mencicah). Siap untuk dihidangkan




KUAH CILI

Bahan-bahan:

5 tangkai cili kering
1 ulas bawang putih
sedikit cuka makan (aku guna cuke apple)
Gula dan Garam secukup rasa
Tepung jagung


Cara menyediakan:

  • Kisar cili dan bawang putih.
  • Kemudian masak cili tadi masukkan cuka,gula, dan garam.
  • Setelah mendidih masukkan tepung jangung yang telah dicampur sedikit air untuk memekatkan kuah.
  • Siap untuk dihidang kan

Senang je nak buatkan.. Selamat mencuba
anneyong



Sunday, September 8, 2013

My Nephew Birthday

Assalamualaikum...anneyosayo



Sebenarnye lama dah nak wat N3 nie...tapi busy memanjang (busy cari koje)... tak berkesempatan nak share happy day ngan u all.... 18.08 genap la Haziq (anak angah) my first nephew 5 tahun... n 28.08 genap la Aina (anak sulhan) my second nephew 3 tahun...




Tapi Aina kena celebrate awal dari tarikh birthday dia coz kita org nak wat suprise kat Aina n mama abah nya... Adik ipar aku nurse so ssh nak cuti then alang2 kami celebrate je sekali... 






Habis je makan2 potong kek kami pergi dataran lepak king... posing2 sikit... then balik... happy sangat dapat berkumpul ramai2...

Untuk my lovely Haziq and Aina... Mak long doakan semoga ang pa berdua panjang umuq...sentiasa di lindungi Allah s.w.t dan semoga menjadi anak yang soleh dan solehah...

Kebetulan pula aku nak bawa diorg makan tempat best Naan Cheese... memang terangkat cheese nye cam pizza (sempat promote)...  RSMY House of real beriani... betul2 berhadapan dengan Maju Junction  ade satu Restoran Lotus.... RSMY house sebaris dengan Restoran Lotus...

Ayam tanduri sedap lain dari kedai mamak... sangat2 berbeza....




ini la dia gambaran Naan cheese nye cam pizza kan kan.... Pic nie masa first time aku makan ngan member aku....



daaaa... Aneyong

Keje Baru

Assalamualaikum... anneyosayo...

baca tajuk pun dah tau kan...hehehe

yeaaaaaaaaa..... akhirnya selepas berbulan2 menjadi suri rumah dapat juga keje... alhamdullilah....
bosan dah duk umah je balik balik berblog n berfacebook.....


  selalu isi borang nak mintak gov...tapi mungkin belum rezeki tuk dapat gov... jadi aku pun bertekad la cari nama2 firm architect yang dekat2 je di hj.google... then aku email CV aku kat sume firm tu... keesokan nye dapat call tuk interview... aku pun g je la interview... lama tak interview berdebor rasa nye... alhamdullilah terus diterima bekerja di sana...

Alhamdullilah juga dapat keje dalam bidang aku...before nie keje asik lari bidang je..hehehe... lepas nie jarang la berblog sebab koje den bertingket tingket....


ini la dia tempat aku melakukan tugasan.... nampak baru coz opis nie baru pindah.....

second day keje.... boring tunggu... kunci belum duplicate.... mcm nie le jadi nye syok sendiri...hehehehe