Pages

Wednesday, July 24, 2013

Resepi: Daging Masak Merah (ala Thai)

Assalamualaikum...anneyosayo


     Baca tajuk pun dah tau nak kongsi resepi an.... Actually tetiba je rasa nak buat Daging Masak merah nie asyik makan kat Restaurant Thai je... sesekali nak jugak try masak kan...lagi pun masak sendiri dah terjamin kualiti, mutu dan keunggulannye gitu.... N one more thing aku tak suke Ajinamoto or Penambah perasa makanan...tak elok untuk kesihatan sebenarnya...

Okay la tak nak panjang2 celoteh jom kita ke resepi nye...



 Daging Masak Merah (ala Thai)


Bahan-bahan: (untuk 2org)

150gm Daging
Sedikit Pewarna makanan merah (bukan sirap Ros ye)
2 ulas Bawang putih
3 Biji Bawang merah
½ Biji Bawang Holand
1 sudu besar Cili Kisar
1 sudu besar Sos Cili
3 sudu besar Sos Tomato
Air rebusan daging
Gula & Garam secukup rasa


Cara Membuat:

Rebus daging serta masukan sedikit pewarna merah. Apabila empuk hiris daging dan ketepikan. (jangan buang air rebusan daging)
Tumis bawang putih yang diketuk bersama bawang merah yang dihiris, masak sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan cili kisar gaul sehingga bau cili hilang, masukkan pula sos cili serta sos tomato. 
Masukan sedikit air rebusan daging (tak de la kering sangat nnt) bersama garam dan gula. 
Akhir sekali masukan daging dan hirisan bawang holand gaul sehingga sebati dan sedia dihidangkan.


Selamat Mencuba

Daaa...Anneyong

7 comments :

  1. nk mintak share resipi ye ..tgh cari menu utk lunch esok..hrp mood msk ok..tq

    ReplyDelete
  2. Kalau letak sos cili merah jambu lagi sedap.

    ReplyDelete
  3. salam,sy dh try last week,mmg sedap.husband suka sgt,hari ni buat lagi..thanx kongsi resepi :)

    ReplyDelete
  4. Bru nk try.Tanya skit bwng Holland mcm manager me...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawang holland kaler dia kuning.. kebaiasaannya bawang holland saiz dia besar2

      Delete
  5. Masakkan kegemaran saya ni. Kalau pedas lagi sedap.. Terima kasih sebab berkongsi resepi. :)

    ReplyDelete