Pages

Tuesday, July 30, 2013

Chocolate chip cookies

Assalamualaikum...anneyosayo...

       Dah berapa hari rasa nya tak update N3...rindu sangat nak menaip (gediks gitu)...al maklum la akhir akhir bulan ramadhan nie la time untuk buat biskut raya...kalu buat awal2 comfirm habis nanti because adik adik aku memang suka sangat makan biskut raya... Chocolate chip vanila antara biskut yang diorang suka makan...aku tukang buat..hehehe



       Nie my lovely anak menakan...Aina nie suka sangat nak menolong kalau dia ada memang tak jadi la kerja aku... aku nak timbang gula dia akan cakap 'Mak Long Aina wat yeh...aina andai (pandai)'... tengok tu senyum lebar...Orang susun kuih dia pun nak susun bagi je la balang kecik tu janji dia senyap... hehehehe

     Pagi2 lagi Mr.TA akan hantar aku kerumah mak.... satu jalan nak ke opis Mr.TA je pun... Nanti lepas buka puasa baru balik umah aku..Jadi memang aku akan pastikan sebelum buka puasa biskut dah siap yela nanti nak masak untuk berbuka pula..ehhh.. dah.. dah jangan nak melalut pula...so hari nie aku nak kongsikan dengan korang resepi Chocolate Chip... Jom kita tinjau resepi di bawah... 




Chocolate chip Vanilla cookies

Bahan Bahan:

250g Butter
30g Gula Aising
32.5g Gula perang
100g Tepung Jagung
200g Tepung Gandum
150g Coklat chip
75g Badam cincang
1 sudu teh Esen Vanila


Cara Menyediakan:

- Pukul butter, gula dan gula perang sehingga kembang.Kemudian Masukkan esen vanila dan gaul sehingga sebati.
- Masukkan coklat chip dan badam gaul lagi sehingga sebati.
- Akhir sekali masukkan tepung jagung,tepung gandum dan serbuk koko yang telah diayak sekali, gaul sehingga sebati.
(Jangan risau kerana ia tidak akan menjadi Doh)
- Ambil dua sudu kecil cedok sedikit adunan letakkan di loyang  seperti gambar berikut.Bakar dalam suhu 170c selama 30 minit.




P/s: Jika ingin membuat Chocolate chip tambah 30g Serbuk Koko dan kurangkan kuantiti tepung jagung dengan hanya mengunakan 70g sahaja...


Selamat Mencuba

Daa...Anneyong

No comments :

Post a Comment