Pages

Sunday, March 24, 2013

UTC Kuala Lumpur

Assalamualaikum all...



Urban Transformation Centre Kuala Lumpur atau lebih dikenali dengan UTC Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Pedana Menteri pada 22 September 2012 (Sabtu), Merupakan UTC kedua selepas UTC Melaka ditubuhkan. Tujuan UTC ini ditubuhkan adalah untuk memudahkan orang awam menjalankan urusan dengan jabatan kerajaan dan swasta dalam satu bangunan serta dapat menjimatkan masa tanpa perlu pergi ke bangunan-bangunan Kerajaan yang lain. 

Bangunan UTC Kuala Lumpur ini terletak ditengah-tengah bandaraya iaitu di Bangunan Pudu Sentral,Jalan Pudu. Waktu operasi adalah pada jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam dibuka setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad dan hanya ditutup pada Public Holiday. Terdapat juga beberapa buah agensi yang hanya beroperasi pada hari kerja biasa iaitu Isnin hingga Jumaat diantara agensi tersebut adalah BANK SIMPANAN NASIONAL(BSN), AGRO BANK, SME BANK Dan DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) mula beroperasi pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 Petang.


Berikut adalah senarai Agensi di UTC Kuala Lumpur:-

Aras Bawah
• Kedai Rakyat 1Malaysia
• Klinik 1Malaysia
• Polis Diraja Malaysia


Aras Mezzanine
• Kedai Kain 1Malaysia
• Kedai Buku 1Malaysia


Aras 2
• Suruhanjaya Syarikat Malaysia
• Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
• Jobs Malaysia
• Suruhanjaya Pengankutan Awam Darat (SPAD)
• Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
• Jabatan Imigresen Malaysia
• Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
• E-Perolehan
• Kiosk KWSP
• SRATA (Kedai gambar, Print dan Photostat)


Aras 3
• Pos Malaysia
• Bank Simpanan Malaysia (BSN)
• Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
• Pusat Punggutan Zakat (PPZ)
• FAMA
• Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)
• Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
• SME Bank
• AGRO Bank
• Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN)
• Indah Water Konsortium SDN.BHD(IWK)
• Tenaga Nasional Berhad (TNB)
• Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
• Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
• Majlis Amanah Rakyat (MARA)
• Telekom Malaysia Berhad (TM) 
• Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)


Aras 4
• Food Court 
• Kementerian Belia Dan Sukan
- Gelanggang Futsal
- Kafe Siber
- Pusat Kesihatan
- Pusat Aktiviti Belia

7 comments :

  1. bagus la utc ni sbb tk pyh nk pergi byk tmpt utk menyelesaikn sesuatu perkara dn yg plg bagus bila hari cuti sabtu ahad pun beroperasi. ini memudahkn urusan bg org yg bekerja spt saya..

    ReplyDelete
  2. Alhmdllh,pasni seng la nk buat ic sbtu ahd bukak,yg palg bestnye bukak smpi mlm,tq utc!!

    ReplyDelete
  3. Kemudahan utk rakyat

    ReplyDelete
  4. Hi HusnAizad,

    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari Ahad ada buka??
    Office Hours???

    ReplyDelete
  5. DBKL hanya buka 9am hingga 5pm.sangat tak convenient.

    ReplyDelete
  6. tapi kenapa call x ada orang angkat?

    ReplyDelete