Pages

Saturday, March 9, 2013

Sahabat

Assalamualaikum...

Apa erti sahabat bagi korg???



Aku percaya setiap orang ade sahabat kan termasuk la aku. Tapi korang tau ke ape peranan dan makna sahabat?? Bagi aku sahabat adalah jalinan hubungan antara manusia dimana ia amat mementingkan kejujuran, kesetiaan serta amanah. Tak kira la sahabat kita tu perempuan atau lelaki  jika mereka dalam kesusahan  kita haruslah membantu tanpa memikirkan pembalasan dari mereka kerana Ada pepatah yang berkata:

“Jika kita membantu seseorang necaya suatu hari nanti ada orang lain yang akan membantu kita” 

Dan

"Sebaik baik Sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya"
(Hadis riwayat al-Hakim)





Pendek kata susah senang bersama tak kiralah berapa ramai sahabat kita ada. Macam tu juga yang berlaku kat aku, kadang2 bila aku asik teringat kan  salah seorg sahabat  aku dapat merasakan dia dalam kesusahan dan aku berusaha untuk jumpa dengan dia tetapi x pernah aku sangka selama ini igtkan dia jauh dari aku rupa2 nya dia terlalu dekat dengan aku. Bila kami berpeluang bertemu empat mata memang benar perasaan ku bahawasanya dia dalam delima ditimpa musibah walaupun sukar untuk aku membantu dirinya tapi aku mampu menjadi tempat dia meluahkan perasaannya. Walaupun aku hanya menjadi pendengar pada dia cukup bersyukur kerana dapat meluahkan segalanya kepada ku sekurang-kurangnya dapat meredakan hatinya yang gundah gulana.

“Sahabat ku aku mendoakan semoga Allah S.W.T mempermudahkan urusan mu”


Kepada korang sume hargai lah persahabatan jangan sesekali mementingkan diri sendiri. Ingat jangan lukai perasan sahabat kita suatu hari nnt pasti akan menyesal kerana mungkin korang tak kan dapat lagi sahabat  seperti itu. Jika ada perasan tidak puas hati berterusterang lah kerana kejujuran itulah erti persahabatan. Pernahkah korang mendengar pepatah yang mengatakan

“Sebenarnya musuh kita adalah sahabat kita kerana dia akan berterus terang dan tiadak akan berselindung”

Tak kan korang nak tunggu jadi musuh baru nak terus terang semuanya. Korang tak sayangkan hubungan yang selama ini terjalin ke. Jadilah sahabat yang baik pasti korang akan dapat sahabat  yang ramai.





2 comments :