Pages

Sunday, September 22, 2013

My Favorite Novelist

Asslamualaikum...anneyosayo....

      Sebelum aku bercerita pasal my favorite novelist. Aku nak bagi tau kat korang semua yang sebenarnya aku memang TAK SUKA baca novel...  zaman remaja aku dulu memang popular penulis novel Ahadiat Akashah.. Kat sekolah semua orang dok cerita pasal novel dia termasuk la my belove sister Angah... Dia rajin beli novel Ahadiat Akashah... Aku pun cuba la membaca Novel.. tapi tak habis sebab bosan..cerita cinta je dah macam drama pulak....hehehe.. yela bagi mereka yang jiwang memang suka jalan cerita dan pengisian novel cinta...

     Lagi pun aku boring bila membaca pada benda yang hanya memaparkan tulisan... confirm aku akan tertidur sewaktu membaca novel... Sehingga la aku kenal dengan Mr.TA.. Waktu tengah syok dating kat KLCC tiba2 dia ajak aku pergi kinokuniya katanya nak beli buku...Sampai je kat sana aku terus menuju kebahagian favorite aku KOMIK... Yesssss aku peminat tegar komik sampai sekarang masih membaca komik.... Sampai kat kaunter pembayaran aku tengok Mr.TA pegang Novel..

Aku: Nak hadiahkan kat adik ke?
Mr.TA: eh.. tak la saya la nak baca
Aku: awk baca novel... kelakar nya saya tak pernah lagi tengok lelaki baca novel...jiwang giler....
Mr.TA: ehhhhh...sy tak main la baca novel cinta.. sy hanya baca novel dari penulis nie je... best tau novel dia... ada la jugak cintanya tapi more thriller.. Nanti saya bagi awk baca.. mesti awk suka punya...

  Nak dijadikan cerita sebab Mr.TA la aku mula membaca novel... Tapi hanya novel dari penulis tersebut je aku baca sama macam Mr.TA... Aku memang suka membaca novel berkonsepkan thriller... walaupun hakikatnya aku seorang penakut...

Gambar dari Internet

Inilah dia Penulis Novel yang aku minati... Ramlee Awang Murshid...Novelist no 1 di malaysia...
Jom kita tengok sikit latar belakang RAM...

Nama:  Ramlee Awang Murshid

T.Lahir: 04 November 1967

T.Lahir: Papar, Sabah

Pendidikan: 
  • Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
  • Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
  • Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
  • Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia

Anugerah: 
  • Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 1995/1996 menerusi novel Igauan Maut
  • Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 2004/2005 menerusi novel Pei Pan
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 2006/2007 menerusi novel Bagaikan Puteri
  • Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2009 menerusi novel Hijab Sang Pencinta (tempat ke-3)
  • Anugerah Buku Negara 2012 (Kategori Novel Remaja) menerusi novel 9 Nyawa

Jumlah Novel: 26

Beliau merupakan penulis novel berunsur seram dan juga bekas wartawan radio televisyen Malaysia (RTM) (1986-2010).


Our Collection


    First novel yang aku baca ialah Tombiruo yang mengisahkan penunggu rimba... Ape yang membuatkan aku suka sangat baca novel dari tulisan RAM selain dari thriller...setiap penulisannya tak lekang dengan hadis2 yang membuatkan aku amat tertarik...sentiasa mengingatkan kita kepada pencipta yang satu iaitu Allah s.w.t.... Setiap novel dari RAM semua aku dan Mr.TA kumpul....dan sentiasa nantikan novel baru dari RAM...


Baru baru ini RAM telah lancarkan sebuah lagi novel yang bertajuk MAGIS....


Beli dari RAMFC...semata mata nakkan  signature RAM...hehehe... 


Proses membalut novel.... 



Daaaa....Anneyong.....


Sunday, September 15, 2013

Cucur Udang Utara Style

Assalamualaikum...anneyosayo




      Tibe tibe rasa macam nak buat cucur udang sejibik macam mak aku buat.... biasa la kalu orang utara memang cicah cucuq dengan  kuah kacang... sedap oooo mau terangkatttttt..... Tapi Mr.TA pulak tak suke sebab dia dah biasa cicah sos cili je... Dia memang tak berapa suke kacang.... Jadi jalan penyelesaian aku buat la dua2 kuah sekali... Jom tinjau resepi mana tau kot2 korang nak cube style aku nie...



CUCUR UDANG

Bahan-bahan:

Tepung gandum (ikut la banyak mana korang nak buat)
Tauge
Kucai
Udang kecil
Air campur garam sikit...


Cara menyediakan:

  • Gaul semua bahan tu...Masukkan air sedikit demi sedikit... Jangan sampai adunan cair nanti tak bole goreng pula.
  • Akhir sekali goreng sehingga kekuningan dalam api yang panas...



KUAH KACANG

Bahan-bahan: 

100gm Kacang tanah
7 tangkai cili kering (kalu suka pedas tambah la lagi)
3 biji bawang merah
Sedikit air asam jawa
Gula & Garam secukup rasa


Cara menyediakan:

  • Masukkan minyak dalam kuali. Setelah minyak panas goreng kacang hingga berubah warnanya (jangan sampai hangit pula ye). Dengan mengunakan minyak yang sama gorengkan pula cili kering dan bawang sehingga layu sedikit....
  • Masukan air asam jawa, cili kering dan bawang yang digoreng tadi kedalam blender. Kisar hingga hancur.
  • Kemudian masukkan kacang tanah kisar bersama cili tadi hingga hancur. (Jika kurang air sila tambah sedikit ye.
  • Goreng sedikit bawang merah yang telah dihiris kemudia masukkan bahan yang dikisar tadi. kacau kuah sehingga mendidih. akhir sekali masukkan gula dan garam (biar kuah kacang tu rasa manis sikit baru sedam nak mencicah). Siap untuk dihidangkan




KUAH CILI

Bahan-bahan:

5 tangkai cili kering
1 ulas bawang putih
sedikit cuka makan (aku guna cuke apple)
Gula dan Garam secukup rasa
Tepung jagung


Cara menyediakan:

  • Kisar cili dan bawang putih.
  • Kemudian masak cili tadi masukkan cuka,gula, dan garam.
  • Setelah mendidih masukkan tepung jangung yang telah dicampur sedikit air untuk memekatkan kuah.
  • Siap untuk dihidang kan

Senang je nak buatkan.. Selamat mencuba
anneyong



Sunday, September 8, 2013

My Nephew Birthday

Assalamualaikum...anneyosayo



Sebenarnye lama dah nak wat N3 nie...tapi busy memanjang (busy cari koje)... tak berkesempatan nak share happy day ngan u all.... 18.08 genap la Haziq (anak angah) my first nephew 5 tahun... n 28.08 genap la Aina (anak sulhan) my second nephew 3 tahun...




Tapi Aina kena celebrate awal dari tarikh birthday dia coz kita org nak wat suprise kat Aina n mama abah nya... Adik ipar aku nurse so ssh nak cuti then alang2 kami celebrate je sekali... 






Habis je makan2 potong kek kami pergi dataran lepak king... posing2 sikit... then balik... happy sangat dapat berkumpul ramai2...

Untuk my lovely Haziq and Aina... Mak long doakan semoga ang pa berdua panjang umuq...sentiasa di lindungi Allah s.w.t dan semoga menjadi anak yang soleh dan solehah...

Kebetulan pula aku nak bawa diorg makan tempat best Naan Cheese... memang terangkat cheese nye cam pizza (sempat promote)...  RSMY House of real beriani... betul2 berhadapan dengan Maju Junction  ade satu Restoran Lotus.... RSMY house sebaris dengan Restoran Lotus...

Ayam tanduri sedap lain dari kedai mamak... sangat2 berbeza....




ini la dia gambaran Naan cheese nye cam pizza kan kan.... Pic nie masa first time aku makan ngan member aku....



daaaa... Aneyong

Keje Baru

Assalamualaikum... anneyosayo...

baca tajuk pun dah tau kan...hehehe

yeaaaaaaaaa..... akhirnya selepas berbulan2 menjadi suri rumah dapat juga keje... alhamdullilah....
bosan dah duk umah je balik balik berblog n berfacebook.....


  selalu isi borang nak mintak gov...tapi mungkin belum rezeki tuk dapat gov... jadi aku pun bertekad la cari nama2 firm architect yang dekat2 je di hj.google... then aku email CV aku kat sume firm tu... keesokan nye dapat call tuk interview... aku pun g je la interview... lama tak interview berdebor rasa nye... alhamdullilah terus diterima bekerja di sana...

Alhamdullilah juga dapat keje dalam bidang aku...before nie keje asik lari bidang je..hehehe... lepas nie jarang la berblog sebab koje den bertingket tingket....


ini la dia tempat aku melakukan tugasan.... nampak baru coz opis nie baru pindah.....

second day keje.... boring tunggu... kunci belum duplicate.... mcm nie le jadi nye syok sendiri...hehehehe

Friday, August 16, 2013

Hujan Meteor Di Malaysia

Assalamualaikum...Anneyosayo...

Sumber dari Hj Google...hehehe


    Baru2 ini kecoh mengatakan hujan meteor diruang angkasa Malaysia pada malam 12 - 13 ogos 2013... Menurut laporan media orang ramai berpeluang menyaksikan hujan meteor Perseid dari buruj Perses...

    Pancuran Meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi... Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer... apabila komet semakin hampir dengan matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya... 

    Debu-debu ini lah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar manusia... Waktu terbaik untuk menyaksikan pancuran meteor adalah selepas bulan terbenam bermula Jam 11 malam...  




Sumber dari Hj Google...hehehe

  Aku tak sempat nak tengok keindahan yang telah Allah s.w.t turunkan... Tapi aku nak share ade satu ketika dulu waktu aku masih kanak2 seingat aku sewaktu aku berusia 12 tahun... Tengah lena aku tidur...tiba-tiba tidur ku terganggu dengan bunyi bising... seakan- akan bunyi kapal terbang dari jarak yang sangat dekat... jadi aku pun bangun dan jengok ke jendela... Alangkah terkejutnya aku... apabila terlihat meteor yang sangat besar dan berapi sedang jatuh... aku terus belari ke arah ayah...


aku: Ayah2 dengar tak bunyi tadi tu...

Ayah: Dengar... tu bunyi kapal terbang..

Aku: bukan ayah... Along tengok tadi ayah.. tu tahi bintang... tahi bintang tu berapi ...ayah along takut... along takut kalu tahi bintang tu jatuh kat hospital macam mana mak ngan adik...

(waktu tu adik aku yang berusia 4 bulan akan menjalani operation di HKL )

Ayah: Allah ciptakan benda yang sungguh cantik along... Allah juga jatuhkan tahi bintang tu ke dalam laut... In Sya Allah tak kan berlaku apa2... dah pergi tido...esok nak pergi tengok adik...

 Itu la kali pertama aku melihat meteor... Ya Allah sungguh besar kuasa mu... 


Sumber dari Hj Google...hehehe


Ada beberapa ayat Al-Quran yang menyebutkan tentang meteor, berikut diantaranya,

1. Firman Allah,

وَلَقَدْ جَعَلْنَا فِي السَّمَاءِ بُرُوجًا وَزَيَّنَّاهَا لِلنَّاظِرِينَ * وَحَفِظْنَاهَا مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ رَجِيمٍ * إِلَّا مَنِ اسْتَرَقَ السَّمْعَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ مُبِينٌ

“Sesungguhnya Aku telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Aku telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang(nya), ( ) Aku menjaganya dari setiap syaitan yang terkutuk, ( ) kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar (dari malaikat) lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang.” (QS. Al-Hijr: 16 – 18).


2. Firman Allah,

إِنَّا زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِزِينَةٍ الْكَوَاكِبِ * وَحِفْظًا مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ مَارِدٍ * لَا يَسَّمَّعُونَ إِلَى الْمَلَإِ الْأَعْلَى وَيُقْذَفُونَ مِنْ كُلِّ جَانِبٍ * دُحُورًا وَلَهُمْ عَذَابٌ وَاصِبٌ * إِلَّا مَنْ خَطِفَ الْخَطْفَةَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ ثَاقِبٌ

“Sesungguhnya Aku telah menghias langit yang terdekat dengan hiasan, yaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat durhaka,syaitan syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk mengusir mereka dan bagi mereka siksaan yang kekal, Akan tetapi barangsiapa (di antara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang terang.” (QS. As-Shaffat: 6 – 10).


3. Firman Allah, yang menjelaskan kebiasaan jin mencuri berita dari langit

وَأَنَّا لَمَسْنَا السَّمَاءَ فَوَجَدْنَاهَا مُلِئَتْ حَرَسًا شَدِيدًا وَشُهُبًا * وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقَاعِدَ لِلسَّمْعِ فَمَنْ يَسْتَمِعِ الْآنَ يَجِدْ لَهُ شِهَابًا رَصَدًا


“Sesungguhnya kami telah mencoba mengetahui (rahasia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api, dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang barangsiapa yang (mencoba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya).” (QS. Al-Jin: 8 – 9)

Sumber dari : http://www.konsultasisyariah.com/hujan-meteor-dalam-pandangan-al-quran/

Thursday, August 15, 2013

Konvo day....

Assalamualaikum.... Anneyosayo...
 




    Alhamdullilah akhir nya tamat juga pengajian aku...setelah kutempuhi onak dan ranjau (cehwaaaaahhh) dapat juga akhirnya aku membawa segulung diploma untuk mak dan ayah.... Sebenarnye dah lama konvo bulan april ari tu.... tapi disebabkan gambar lambat dapat jadi lambat la upload...hehehehe... album konvo dapat before raya ari tu... 

Cian ayah terlindung...adik la  nie lindung ayah...hehehe



    Aku nie bukan la pandai sangat SPM pun ada yang kantoi... tapi aku jenis yang tetap akan mencuba walaupun aku tahu tempat aku amat tipis sekali... Alhamdullilah rezeki dari Allah s.w.t aku berjaya menyambung pelajaran.. aku mengambil jurusan Sijil Interior Design di kolej Komuniti selayang pada tahun 2003 dan tamat pada 2005... 





    Habis je peringkat sijil... aku bekerja sambil tu aku isi borang on9 politeknik untuk sambung ke diploma..tapi apakan daya belum ada rezeki ketika itu... hampir juga kecewa bila hasrat aku untuk menyambung pelajaran ditentang oleh ayah... kata ayah dia tak mampu nak tanggung kos pembelajaran aku... aku buntu sangat... jadi aku hanya kerja dan terus kerja kumpul duit untuk meneruskan kan hasrat...
adik muka takut...hehehehe... actually dia tak bole jalan (OKU)... tapi skunk dah boleh sikit2 guna tongkat 4kaki... 



   Entah bagaimana pada tahun 2009 aku menerima tawaran dari Politeknik dalam jurusan Diploma Senibina (memang itula impian aku)... Rupa rupanya dalam diam Mr.TA telah mengisi borang politeknik untuk aku... Aku pun menyambung pelajaran di Politeknik Ungku Omar, Ipoh dan semua nya di support oleh Mr.TA... Alhamdulliah...orang tua tua kata tuah ayam nampak dikaki tuah manusia hanya Allah s.w.t yang tahu... Dalam hati ada nak sambung ke degree hehehe... Tapi bagi Mr.TA sambung Degree dulu aku akan menyusul....heheheehe.. In sya Allah...













Class mate







House mate



Daaaa...Anneyong

Wednesday, August 14, 2013

Raya Raya Raya

Assalamualikum... anneyosayo...

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri...


     Tahun nie aku beraya dikampung mertua... apa nak tau kat mana????... kat Sungai Besar... dekat je kan...dekat dekat pun hampir 2jam perjalanan tau... skunk pendek sikit la masa ikut LATAR... insyaAllah jika masih berpeluang jumpa ramadhan lagi tahun depan beraya di penang pulak.... Rindu kat sedara mara semua lama rasanya tak balik sana....

    Di Sungai Besar nie kebanyakan nye keturunan Banjar... Jangan salah faham ye Jawa ngan Banjar berbeza dari segi bahasa... Banjar nie aku still boleh tangkap apa yang diorang bualkan... Kalu jawa memang satu pun aku tak faham...hehehehehe

     Raya kat sana pun berbeza berbanding raya kat penang... Biasa nya kaum lelaki akan pergi solat sunat Aidilfitri... Bukan nya kaum perempuan tak boleh pergi tapi takde space kat surau tu...hehehe... jadi kami kaum perempuan nie sedia kan makanan untuk baraan (kunjung mengunjung)...  Biasanya lepas je solat Sunat Aidilfitri... kaum lelaki dan kanak2 akan berkunjung dari satu rumah ke satu rumah... Biasanya memang sampai petang... Best tau bila tengok ramai2 datang... Meriah gituuuu...


Ini lah Family mertuaku...



Family Pak Ngah... Adik kepada MIL....  Ada lagi family lain tapi tak sempat nak snap pic....



Raya Day 2.... Beraya pulak kerumah family FIL....


      Raya kedua tu sempat la aku beraya ke rumah kawan2 aku yang berada disekitar sabak bernam sampai ke tanjung karang.... Tak sempat nak snap pic...huhuhuuhu....Raya kedua juga terus je balik Selayang rumah mak aku le...hehehe.. kalu nak diikutkan patutnye tahun nie raya kat selayang tapi adik2 aku pula balik umah mertua...n sebab utama nak selaraskan balik...supaya nanti semua dapat balik penang.... 



Raya Day 3... Otw kerumah member aku....


My lovely sis...


Tadaaaa...ni la dia member ku.... budak kecik Ekin Gwiyomi...hehehe


sampai sini je....  takde la beraya sakan sampai tak ingat dunia...hehehehe

daaaa...anneyong...