Pages

Friday, November 4, 2011

Salam AiDilAdHa….

Assalammualaikum…

Raya Aidiladha akan tiba dalam beberapa hari je lagi… Setiap kali raya korban menjelang aku mesti terkenang satu memori lucu… Lagi la kalu adik aku berada depan aku mesti aku akan tergelak… 3 November lalu merupakan hari dia dilahirkan… Mohd Nur Arif nama yang diberi oleh ayahku…Anak kelapan dari sembilan orang… Ini merupakan kisah lucu dia pada Hari Raya Korban beberapa tahun yang lalu…

Pagi-pagi lagi dia dah bersiap dengan berpakaian lengkap baju melayu…Kami semua pun bersiap untuk ke masjid Solat Sunat Raya Aidiladha… Selesai sahaja solat kami pulang ke rumah… Setelah siap tukar pakaian (pakaian yang sesuai tuk korban kan lembu) adik-adik lelaki aku terus ke masjid semula untuk menolong orang sembelih lembu… Buat Arif ini lah kali pertama dia tolong… bukan main excited lagi siap bawa pisau yang baru ayah aku beli…

Selesai sahaja menolong dia pulang ke rumah… Dia mencapai towel untuk membersihkan diri… Tiba-tiba aku terdengar dia menjerit meminta tolong… dia berlari kearah aku dan berkata:

“Along tolong!!!…. Tadi Arif nak mandi … buka je shower… darah yang keluar… tolong la Arif takut”

Bila aku dengar je dia cakap aku terus gelak sekuat-kuat hati… aku pun berkata:

“Mana ada la…tu bayangan ko je…tula orang nak sembelih lembu ko nak ikut gak…”

Aku pun pergi la ke bilik air untuk senangkan hati dia yang tengah takut tu…

“Haaaaa…tgk nie kan air nie mana ada darah…maybe ni 1st time ko pergi tolong sembelih lembu kot… gaya cam gangster tapi penakut gak…hahahahahahahahaaha” (jahat gile aku)

Malam tu dia demam lama gak la dalam seminggu kot (cian kat Arif)… Kalu di ikutkan… adik aku nie nakal orang nya... kita orang satu family tak sangka yang dia akan takut sampai macam tu sekali… Tapi Raya Korban yang berikutnya dia dah ok(tak meroyang dah)…

Disini aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan…mungkin aku pernah terkasar bahasa…termarah kat korang semua… Dan akhir kata “SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA” jadi raya korban ini hari yang paling bermakna dalam hidup anda….

No comments :

Post a Comment