Pages

Tuesday, November 29, 2011

Bulan yang penuh dengan ke kenyangan....

Assalammualaikum....
Cam lama je x update blog nie... lately nie busy la (ngan game)... bulan November n Disember cuti sekolah... selain tu juga merupakan bulan2 dimana orang2 bujang menamatkan masa bujang mereka.... terutama nye pada 11.11.11 atau 20.11.2011 fuhhhh mmg ramai yang kawen... salah seorang dari mmb aku pun memilih tarikh cantik nie... so bulan ni sampai hujung bulan bole dikatakan tiap2 minggu kami mkn nasi minyak (xyah nak masak dah) hehehe... so kat cni aku nak share la ckit pic perkahwinan mmb aku n my husband....


Wanie n Shaid merupakan mmb aku dari kolej lagi... lama tau diorg couple akhirnye sampai juga seru..orang kata kalu dah jodoh x kemana kan....




Nie pula sesi bergambar dengan mmb baik juga masa kat kolej...with my lovely lecture... aku suke tgk dia dari dulu kecik je orgnye....



Bob n pasangan...merupakan mmb satu opis ngan my hubby...majlis nye berlangsung di parit,perak.....

Anyway to U all... Semoga dipanjangkan jodoh hingga ke hujung hayat dan semoga dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah....

oopsssss...terlepas satu pic lak...dah alang2 kat perak tu moh le kite ke lumut yee...with my lovely sis wanie...

Thursday, November 17, 2011

Manusia Kedekut Ilmuye

Manusia Pelik Adalah manusia yang tidak mahu kongsi ilmu dengan orang lain… Aku betul2 tak faham kenapa??? Mengapa??? Manusia seperti ini sangat berkira ilmunye… Sedangkan ilmu itu sepatutnye dikongsi (pahala tu kalu kongsi ilmu)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”
Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi
Tak kira la iImu tu dari segi ape… pelajaran ke, memasak ke, kerja ke dan sewaktu dengan nye la….pasti Allah s.w.t akan beri ganjarannye jika kita berkongsi… Kadang2 buat aku terfikir mungkin manusia seperti ini takut jika mereka memberi ilmu kepada seseorang periuk nasi mereka akan tutup atau orang itu akan lebih berjaya berbanding mereka(itu hanya yang aku fikir)…ish teruk sangat la jika ada sifat begitu…tidak semestinye seseorang itu bertanya sesuatu kepada kita mereka ingin guling kan kita… hanya sifat ingin tahu dan menambah ilmu di dada sahaja….
Ada juga manusia yang pernah aku jumpa… minta kita tunjuk ajar dia kerana tidak tahu... tetapi bila diminta dia memberi tunjuk ajar kepada kita…dia tidak sudi mengajar kita… tetapi jangan kita ungkit kepada mereka kerana takut nanti pahala yang kita dapat hilang begitu sahaja… biarlah Allah S.W.T sahaja yang membalasnye…
Sampai disini je luahan hati ini…
Terima kasih kerana sudi membaca…

Friday, November 4, 2011

Salam AiDilAdHa….

Assalammualaikum…

Raya Aidiladha akan tiba dalam beberapa hari je lagi… Setiap kali raya korban menjelang aku mesti terkenang satu memori lucu… Lagi la kalu adik aku berada depan aku mesti aku akan tergelak… 3 November lalu merupakan hari dia dilahirkan… Mohd Nur Arif nama yang diberi oleh ayahku…Anak kelapan dari sembilan orang… Ini merupakan kisah lucu dia pada Hari Raya Korban beberapa tahun yang lalu…

Pagi-pagi lagi dia dah bersiap dengan berpakaian lengkap baju melayu…Kami semua pun bersiap untuk ke masjid Solat Sunat Raya Aidiladha… Selesai sahaja solat kami pulang ke rumah… Setelah siap tukar pakaian (pakaian yang sesuai tuk korban kan lembu) adik-adik lelaki aku terus ke masjid semula untuk menolong orang sembelih lembu… Buat Arif ini lah kali pertama dia tolong… bukan main excited lagi siap bawa pisau yang baru ayah aku beli…

Selesai sahaja menolong dia pulang ke rumah… Dia mencapai towel untuk membersihkan diri… Tiba-tiba aku terdengar dia menjerit meminta tolong… dia berlari kearah aku dan berkata:

“Along tolong!!!…. Tadi Arif nak mandi … buka je shower… darah yang keluar… tolong la Arif takut”

Bila aku dengar je dia cakap aku terus gelak sekuat-kuat hati… aku pun berkata:

“Mana ada la…tu bayangan ko je…tula orang nak sembelih lembu ko nak ikut gak…”

Aku pun pergi la ke bilik air untuk senangkan hati dia yang tengah takut tu…

“Haaaaa…tgk nie kan air nie mana ada darah…maybe ni 1st time ko pergi tolong sembelih lembu kot… gaya cam gangster tapi penakut gak…hahahahahahahahaaha” (jahat gile aku)

Malam tu dia demam lama gak la dalam seminggu kot (cian kat Arif)… Kalu di ikutkan… adik aku nie nakal orang nya... kita orang satu family tak sangka yang dia akan takut sampai macam tu sekali… Tapi Raya Korban yang berikutnya dia dah ok(tak meroyang dah)…

Disini aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan…mungkin aku pernah terkasar bahasa…termarah kat korang semua… Dan akhir kata “SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA” jadi raya korban ini hari yang paling bermakna dalam hidup anda….

KeRiSiK oH KeRiSiK

Assalammualaikum…
Konon nye malam nie nak la masak pajeri terung tuk my hubby (favorite dia)… Nie first time aku masak pajeri terung.. Bukan main confident n excited nak masak nie…Aku pun tumbuk la halia, bawang, bla bla bla (sediakan bahan2 nye)… Bila dah hampir siap masak baru aku teringat…bukan pajeri kena ade KERISIK ke… Alamak cam ne nie (dah start mengelabah la)…mana lak nak cari kerisik nie.. dalam peti ais xde nyoq (kelapa) pulak… kalu tau tadi awai2 sebelum perah santan aku simpan ckit wat kerisik (benda nak jadi kan)…huhuhuhu
So aku pun dengan sengan silu mengangkat kaki ku ke bilik lalu berkata:
“Abang tolong belikan kerisik bole Ayang lupa la pajeri kena ade kerisik?”
En.Abg yang tengah syok dok layan novel Rayyan Fantasi karya Ramlee Awang Murshid tu memandang ku lalu berkata:
“Memang la pajeri kena ade Kerisik…. Tadi masa abang pegi kedai xnak ckp..Jap lagi la abang pegi”
(Yela sape suke p kedai banyak kali kan)
Masalahnye pajeri tu dah masak pun xkan nak tunggu lagi….wawawawawa… lalu aku pun berkata:
“ Tak pe la x yah pi…pajeri tu dah masak…mkn je la pajeri tu..” (dalam ati nie sedih sangat kot)
coz sebelum nie kalu aku nak makan pajeri nenas (favorite aku) aku minta mak masakkan sebab sedapppp sehingga menjilat jari…Mak pun masakkan je… Tu..la akibatnye kalu mak duk masak pajeri kat dapoq dulu xmau p jengok langsung … Kalu nak suruh aku masak pun time mak memang dah tak tau nak masak ape…hehehehe… balik umah mak.. mesti nak makan masakan mak kan… Rindu kat makkkk… so pas nie kena la berguru ngan mak…banyak lagi aku kena belajaq ngan mak nie…cam ne nak wat ketupat palas…rendang…dan PAJERI…kalu mak tau nie mesti kena gelak…wawawawa L
kami pun dinner la dengan pajeri yang xjadi tu…kira tak jadi la pajeri terung .. kita tukaq jadi gulai terung no tuan2 dan puan2… (nasib baik En.Abang makan ja)… Aku akan berusaha tuk buat sekali lagi…lagi dan lagi sampai jadi…Nanti kalu dah jadi aku wat pajeri terung aku akan share ngan korang sume ye….
Thank kerana sudi singgah tuk baca N3 yang x seberapa nie…

Thursday, November 3, 2011

4 Golongan Lelaki yang di tarik oleh Wanita ke Neraka

Assalamualaikum

1 • Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
2 • Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
3 • Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
4 • Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya.
---------------------------------------------------------------
Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar
Firman ALLAH S.W.T ~
"Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahlimu dari api neraka,
dimana bahan pembakarannya ialah manusia & batu- batu"
(surah At-Tahrim, ayat 6, juzuk 28)
p/s: Just want to share....Aku copy dari orang je...Anyway thank kepada yang tuan punya kerana sudi share...

Tuesday, November 1, 2011

Oooo Baru Tau Nama Dia Mat Lutfi


Assalamualaikum....



Haaaa mesti korang pelikkan nape aku letak pic mamat nie…atau mungkin diantara korang memang dah kenal ngan dia… First video dia yang aku tengok “UCAPAN UNTUK MAK 2010” cute sangat (video dia k)...sejak dari tu aku minat tengok vlogger nie…aku mmg dah lama cari siapa dia n dah berapa banyak video dia….akhirnye aku jumpa juga…semalam masa aku ngah membaca blog solihinzubir yang bertajuk Fakta: Solihin Zubir Lebih Popular Daripada Anwar Hadi, Mat Luthfi dan Tiz Zaqyah!…baru lah aku tau yang nama dia;

Mat Lutfi merupakan student Curtin University, Australia (hebat gak kan)… dia diantara vlogger yang popular juga rupanya… sampai ade yang komen kat youtube Mat Lutfi nie.. sanggup jadi peminat setia dia dari meminati artis (Cheq pun sama)….

Apa yang menyebabkan aku meminati video2 Mat Lutfi ni????... Sebab kebanyakan video dia bukan sekadar joke…tetapi ada message yang dia cuba sampaikan… Kalu korang nak tengok video dia just taip je kat youtube matlutfi90…hmmm 90??? Tahun dia lahir kot…yang tu kena comfirmkan dengan dia la hehehehe… kalu betui la dia dilahirkan pada 1990…makna nya dia sebaya adik aku… wah muda2 lagi dah ramai peminat n pandai wat vlogger…TANIAH Mat Lutfi… Aku ade tengok juga video dia yang bertajuk “REMAJA VLOGGING” ade satu perkataan yang dia ckp wat aku terfikir sejenak…

Mat Lutfi: Saya terigin nak jadi pengacara remaja lepas saya grade nnt atau pengacara majalah 3 ka…baca berita pun ok….

Ok pengacara remaja…mmg ada character tu menjadi pengacara…Tapi pembaca berita tu aku kurang yakin…aku rasa kalu hang la Mat Lutfi baca berita…semua pendengar gelak kot.. comfirm hang baca dengan muka lawak tu kan2…hehehehe(jangan marah just joke)… Kalu la Mat Lutfi baca apa aku tulis nie aku nak wat satu permintaan kat dia…Wat satu video yang dia sedang baca berita..bole??? hehehehe

Anyway kepada Mat Lutfi Taniah dan semoga anda akan meneruskan vlogging yang penuh dengan message tu… Semoga anda sentiasa di rahmati Allah S.W.T